Monday 25 September 2017

Apa itu Reka Bentuk Grafik??

Apa itu Reka Bentuk Grafik?
  1. Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi multimedia.
  2.  Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik membawa maksud perkara berkenaan lukisan atau ukiran . Dalam hal ini, penggunaan grafik dalam sesuatu persembahan maklumat yang berkomputer adalah bukan hanya berperanan untuk menonjolkan keindahan atau kecanggihan senibina sesebuah program multimedia tetapi juga berperanan sebagai suatu sumber penyampaian sesuatu maklumat yang amat berkesan. 
  3. Grafik membawa maksud kepada penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Ia mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas.
  4. Grafik berkomputer merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan menggunakan sebarang jenis komputer. Imej berkomputer ini boleh merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan dan yang lebih kompleks seperti fractal iaitu imej kompleks yang dihasilkan oleh komputer dari formula atau kod pengaturacaraan yang tertentu.

No comments:

Post a Comment

Gambar-gambar Nature ketika pengemabraan di Kawasan Banjaran Titiwangsa berdekatan dengan perkampungan orang Asli.

                                kawasan air terjun di dalam kawasan Hutan Diamond Creed Gambar yang diambil secara ja...