Tuesday, 26 September 2017

Refleksi kenapa Reka Bentuk Grafik perlu ada dalam Pendidikan Seni Visual???

Pada pendapat saya, refleksi yang saya dapat ketengahkan adalah perhubungan diantara Reka Bentuk Grafik dengan seni visual amatlah mempunyai perhubungan yang intelektual kerana dari segi Reka bentuk grafik, ia mempunyai unsur kesenian dan mempunyai elemen-elemen yang melibatkan dalam seni visual. Dalam Reka Bentuk Grafik amatlah penting bahawa elemen-elemen seni visual dan prisnsip seni diterapkan dalam setiap Reka Bentuk yang hendak dihasilkan. Oleh itu, Reka Bentuk Grafik haruslah perlu diterapkan dalam Reka Bnetuk Grafik kerana ia dapat melahirkan individu yang berkemahiran dan mempunyai tahap penguasaan dalam teknologi berkomputer terutamanya kepada bakal pendidik atau Guru Seni Visual harus mengaplikasikan bidang ini ke dalam pembelajaran dan pengajaran. Grafik mempunyai satu konservatif dalam pendidikan seni kerana pada era ke 21 ini, guru-guru juga haruslah memberikan penekanan kepada penerapan dalam teknologi yang sejajar dengan perjalanan dari semasa ke semasa. Grafik dan reka bentuk diterapkan kerana ia merupakan sebuah metodologi pendidikan pada alaf era teknologi kini dengan perisian yang serba canggih.


Rujukan: Saya sendiri

Maksud definisi self taipografi

Definisi self potret tipografi adalah penggunaan tipografi yang menggunakan huruf dan nombor dan simbol  dari segi bahasa melayu, cina, india dan sebagainya boleh menghasilkan imej yang membawa pengertian kepada maklumat, idea, simbol yang hendak disampaikan secara kreativiti dan imaginasi dalam menggabungkan huruf memerlukan penyusunan yang teratur.Menurut Resnick (2003) 'letterform can be altered and manipulated to become both the image and a message '.

Contoh-contoh self potret menggunakan Tipografi:


hasil saya sendiri:






Monday, 25 September 2017

Apa itu Typografi??

Definisi Typografi:
Tipografi (dalam bahasa inggeris : Typography) adalah perpaduan antara seni dan teknik mengatur tulisan, agar maksud serta arti tulisan dapat tersampaikan dengan baik secara visual kepada pembaca. 
Tipografi merupakan representasi visual dari sebuah bentuk komunikasi verbal dan merupakan properti visual yang pokok dan efektif. Hadirnya tipografi dalam sebuah media visual merupakan faktor yang membezakan antara reka bentuk grafik dan media ekspresi visual lain seperti lukisan. Selain iut, kandungan nilai fungsional dan nilai estetiknya, huruf memiliki potensi untuk menterjemahkan atmosfir-atmosfir yang tersirat dalam sebuah komunikasi verbal yang diterangkan melalui abstraks bentuk-bentuk visual.
  1. Pada dasarnya huruf memiliki kekuatan yang dapat mengaktifkan gerak mata. Kekuatan ini dapat dimanfaatkan secara positif apabila dalam penggunaannya sentiasa diperhatikan kaedah-kaedah estetika,  keterbacaannya, sertai nteraksi huruf terhadap ruang dan elemen-elemen visual di sekitarnya.
  2. Reka bentuk perjalanan dan gaya huruf Latin mulai diterapkan pada awal masa kegemilangan kerajaan ROMAWI. Kejayaan kerajaan Rom pertama abad yang berjaya menguasai Greece, membawa tamadun baru dalam sejarah Barat dengan penyesuaian kesusasteraan, seni, agama, dan abjad Latin yang dibawa dari Yunani. Pada mulanya huruf Latin terdiri daripada hanya 21 huruf: A, B, C, D, E, F, G, H, I, K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T, V, dan X, maka huruf Y dan Z ditambah dalam abjad Latin untuk menampung perkataan yang berasal dari bahasa Yunani. Ketiga huruf tambahan J, U dan W dimasukkan pada zaman pertengahan sehingga jumlah huruf Latin menjadi 26.
  3. Kemajuan teknologi selanjutnya berlaku pada tahun 1984 apabila Adobe Systems mengeluarkan PostScript Fonts dan pada tahun 1991 Apple Computer dan Microsoft Corporation mengeluarkan Font TrueType. Font Postscript dan Font TrueType adalah huruf elektronik atau fon yang dipanggil. Surat digital sebenar dalam bentuk bahasa komputer yang berfungsi untuk menterjemahkan kod untuk menghasilkan paparan berbentuk huruf yang sempurna sama ada pada skrin amupun pada masa percetakan. Pada masa ini boleh didapati jenis font digital bergam yang digunakan dalam program komputer.
  4. Contoh-contoh Tipografi: 

Apa itu Reka Bentuk Grafik??

Apa itu Reka Bentuk Grafik?
  1. Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi multimedia.
  2.  Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik membawa maksud perkara berkenaan lukisan atau ukiran . Dalam hal ini, penggunaan grafik dalam sesuatu persembahan maklumat yang berkomputer adalah bukan hanya berperanan untuk menonjolkan keindahan atau kecanggihan senibina sesebuah program multimedia tetapi juga berperanan sebagai suatu sumber penyampaian sesuatu maklumat yang amat berkesan. 
  3. Grafik membawa maksud kepada penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Ia mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas.
  4. Grafik berkomputer merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan menggunakan sebarang jenis komputer. Imej berkomputer ini boleh merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan dan yang lebih kompleks seperti fractal iaitu imej kompleks yang dihasilkan oleh komputer dari formula atau kod pengaturacaraan yang tertentu.

Gambar-gambar Nature ketika pengemabraan di Kawasan Banjaran Titiwangsa berdekatan dengan perkampungan orang Asli.

                                kawasan air terjun di dalam kawasan Hutan Diamond Creed Gambar yang diambil secara ja...